Nisa: 2013

Pengalaman Berubah Kepada Tudung Labuh


  لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Bismillahirrahmanirrahim.

Mungkin topik ni sensitif kot bagi sesetengah org.
Tapi aku nak cerita sesuatu yg jujur,ape yang berlaku pada aku
Macam mana boleh berubah.
Mungkin boleh di jadikan sebagai pendorong kaum hawa di luar sana yg nak berubah tapi teragak2 takut pandangan org sekeliling.
Kalau boleh buanglah yg keruh ambil lah yg jernih dlm entri ni :) 

Bagi yang dah lama kenal aku depan2 or internet ke,
Rasanya dah tau aku ni macam mana orangnya.pemakaian,personaliti, cara percakapan dn lain2. *mungkin*

So dalam entri ni acctually aku nak cerita lah mcm mana aku berubah dari pakai tudung saiz 45 hingga lah aku start pakai tudung saiz 6o atau org2 selalu panggil 'tudung labuh'.


PREVIOUSLY
Sebelum awal September 2013 aku tak pernah keluar rumah tutup aurat dengan betul.
Aku jenis yg nak simple,seluar jeans ketat sikit,baju,tudung dah.. jom keluar.. :D 
n tudung tu sometimes aku pin cover dada n sometimes aku selempang je sebab senang, tak kisah nampak dada ke ape.
baju pulak tak de lah ketat tapi nampak lah sikit bentuk pinggang,kan pakaian yg nampak bentuk badan tu haram dipakai.
Keluar berjalan stokin tak pernah pakai,rilek je jalan pakai selipar.
Keluar depan rumah pulak? kadang2 bertudung,n kadang2 tak bertudung.Kalau bertudung pun lengan pendek,jarang pakai handsocks.
masa tu mungkin aku fikir "TAKPE ASALKAN BERTUDUNG."
Ya Allah bila ingat balik,besarnya dosa,banyaknya dosa.Umur baru 18 dah rasa banyak sangat dosa.
Entah.. bila aku ingat balik,aku pelik,kenapa masa tu aku tak rasa malu,kenapa.. 
sebab...
perasaan malu tu xhadir..


APA YANG MENDORONG KEPADA PERUBAHAN.
After Trial SPM,pernah terdetik dlm hati ni nak sentiasa pakai baju yg sopan, *yg aku anggap sopan masa tu* 
tapi sayang.. waktu tu aku tak terpikir nak pakai tudung yg lebih labuh,perasaan tu setakat terdetik je,kemudian hilang mcm tu je. 
Ya Allah,mungkin boleh dikatakan perasaan tu setakat dtg menyapa. 
Rugi sangat, sebab lepas tu aku terus macam dulu balik. 
Sayang sangat sebab semua tu hanya SEMENTARA.
Tapi ade sikit sgt perubahan masa tu,sometimes aku pakai seluar slack,n aku pinkan tudung cover dada,handsocks tak tinggal.
namun masih belum menutup aurat dengan betul.


TWEET
Dalam bulan Ogos masa aku study sementara dekat Form 6/PreU
Memang aku kaki online Twitter.
Boleh dikatakan sape yg mention aku,aku confirm balas tweet diorang,asal on laptop aku on twitter,off laptop, aku sambung online dekat phone.
Bila tak tau nak buat ape dekat twitter,aku akan jejalan dekat account twitter tweet2 kelakar or tweet2 dakwah,tak kisah la English ke Malay ke..
Yang best2 RETWEET haha so kira memang banyak sangat masa aku habis dekat Twitter.
Sentiasa ade bende nak dibuat.
Sape yg ade acc twitter,korang mesti tau yang ramai sangat insan2 yg tweet dakwah,tak kiralah copy dari tweet org lain,copy dari blog atau diorang quote dri tweet org lain etc.
Sedikit sebanyak mempengaruhi aku jugak,n aku start padam gambar dekat social media mana gambar yg selempang tudung.sebab dah start rasa malu.
Start dari saat ni,aku mula pikir ape yg aku pakai ni sebenarnya tak manis dipandang,tak sejuk mata memandang,aku start rasa tak selesa.
Alhamdulillah terima kasih pada mereka yang tweet dakwah tu,dapat pahala tau,lagi2 yg mampu menyedarkan org mcm aku ni haa..

Dan satu hari,aku terbaca dekat acc someone,tak tau lah someone tu org dari negara mana,die retweet satu tweet yang betul2 buat aku terfikir tentang sesuatu.
Tweet die dalam English,aku tak ingat ayat die tapi maksud die lebih kurang macam ni :

"Kaum Hawa,jika anda betul2 ingin jihad ke jalan Allah S.W.T, berhenti upload gambar anda"

Masa ni aku terfikir,aku banyak sangat upload gambar aku pakai pakaian yg tak berapa nak menutup aurat.. 
Macam yg aku kasitau tadi,gambar baju nampak sikit bentuk badan,seluar jeans ketat sikit, buat muka gedik2 depan kamera, *walaupun gedik aku tak berapa nak menjadi,sebab agak ganas haha* 
Tapi aku terpikir, ape gunanya aku upload gambar aku tak tutup aurat yang banyak2 tu,dah la tak tutup aurat,yang like tu jadi saksi aku tak menutup aurat,yang scroll2 Instagram tu entah berapa ramai yang dah tatap gambar tu,tu pon jadi saksi jugak.dan macam mana pulak yang tengok tu lelaki???? Astagfirullah hal adzim..aku dapat dosa,tak untung apa2...
Banyak sangat dosa aku.
waktu tu aku baru berapa bulan buat acc instagram haha,so memang tengah aktif sangat upload gambar,aku main upload je gambar tak kira tutup aurat ke tak.
Masa ni aku tak padam lagi gambar2 aku.Baru setakat 'TERFIKIR' yg aku upload gambar yg tak sepatutnya diupload.

Tapi lepas beberapa minggu,tweet lelaki/perempuan tu still 'menghantui' aku
Aku selalu teringat tweet tu bila aku on intagram,on facebook,on twitter,senang cakap bila aku tengok gambar yang aku upload dekat internet aku akan terpikir tweet tu.
Ya Allah,aku mula terfikir,mungkin aku patut padam gambar2 aku tu..
Tweet tu sentiasa buat aku rasa menyesal dengan gambar2 yg aku dah upload.
Aku start padam gambar2 aku dekat semua tempat yg aku upload..
Mula dengan fb then twitter..
Tapi sangat2 susah n lambat waktu aku nak padam dekat instagram. phone tak de,sebab rosak.
Rasanya ramai yg tau instagram kalau on dekat laptop die tak leh padam gambar. 
Die kene padam gambar dalam phone jugak erghhhhh..
Memang aku google lah mcm mana nak padam gambar dekat intagram dalam laptop.
so aku jumpa jalannya,download bluestacks > install Instagram. *apps macam dalam phone*
tapi geram sangat,sebab kene padam sikit2,then not responding. geram sangat sebab aku terdesak masa tu..
aku nak sangat padam gambar aku yang banyak tu !!! 
After a few days,phone aku dah ok,then aku padam dalam hari tu jugak semua gambar aku,n family aku..semuaaaa gambar yang ade muka kitorang... semuaaaa..
Gambar dari 350+ keping berkurang jadi 99 Keping.tengok betapa besarnya dosa,tengok je la berapa banyak gambar aku tu.. Ya Allah...

n start dari tweet tu jugak,aku mula rasa yg tudung aku ni sebenarnya tak menutup betul2 ape yg patut ditutup bila pakai tudung.
mula terdetik dlm hati aku,macam mana kalau aku pakai tudung labuh?
idea yg tak pernah terfikir dalam otak aku selama ni. serious. ini pertama kali !!!
Akhirnya Allah buka hati aku,aku mula teringin sangat nak pakai tudung labuh. teringin sangat2. 
Sebab aku dah tak sanggup rasa tak selesa dengan ape yang aku pakai sebelum tu.
Waktu tu aku baru ambil kisah perbezaan menutup aurat dengan membalut aurat.
n Ternyata dulu aku bukan tutup aurat tetapi sebaliknya,balut aurat..
ye walaupun baju bukannya ketat sgt tapi dah nampak lekuk badan tu maknanya ketat lah tu.


THE BEGINNING.
Sejak tu aku dah start cari gambar2 wanita yg bertudung labuh.
Aku tengok,mampu ke aku jadi macam diorang selama2nya maksud aku istiqamah.
Sebab kan, berubah tu mudah,yang payah nak istiqamah.
Nak kekalkan diri dalam keadaan yg sama selepas berhijrah memang payah.
Aku start cari entry2 tentang pengalaman diorang berubah kepada pemakaian tudung labuh..
Bila aku baca, Terdetik dlm hati, "macam seronok je"
Tapi dalam entry2 diorang tu ade jugak diorang cerita dugaan diorang waktu mula2 pakai tudung labuh,bila aku baca aku rasa was-was.. 
"Mampu ke nak tempuh kalau macam ni Nisa oi, wahai Cik sensitif???"
Satu dua entry memang tak cukup...
Kira memang banyak la entry tentang pengalaman diorang pakai tudung labuh yg aku baca..
Setiap satu entry lain persoalannya,lain pengalaman,lain pandangan.
n aku nak quote satu ayat dari salah satu entry yg aku baca.
"Sebenarnya nak tutup aurat bukan semestinya bertudung labuh,tak kisah samada shawl,pashmina,tudung bawal, etc. Asalkan dah tutup ape yg perlu ditutup sebagai wanita muslim dah cukup."

Tapi,aku tau aku orangnya macam mana.Aku kene perubahan yg drastik baru 'kurang' risiko aku kembali macam dulu balik.
So,aku pilih pakai tudung bawal saiz 60.
Sebelum aku start pakai tudung labuh,lepas nekad dgn niat nak berubah, aku start pakai stokin,tshirt dgn seluar slack. hahaha kelakar sebab aku rasa rupa aku time tu pelik sgt kot xD
Seminggu kemudian... bermula lah hari pertama... jengjengjeng ~


*nanti lah sambung haha*

13 Alasan Wanita Tidak Endah Tentang Aurat


  لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



   Pernahkah anda menasihat / menegur kawan-kawan kita yang tidak menutup aurat? Mari kita tengok apakah jawapan yang selalu digunakan oleh wanita yang enggan menutup aurat. Bagaimana pula ayat / jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.


1. Semua yang tutup aurat, pasti masuk syurga ke?
  • Setiap umat Islam perlu beramal di sepanjang hayatnya kerana tiada seorang pun yang pasti dirinya akan memasuki syurga. Namun apa yang pasti, tidak menutup aurat, neraka menantinya.
Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W ketika baginda dalam Israk dan Mikraj yang berbunyi "Aku menjenguk ke dalam neraka, maka kulihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita, yang demikian disebabkan oleh kerana kurang taat kepada Allah dan Rasulullah dan suami mereka dan kerana banyak bertabarruj dedah aurat dan berhias-hias".


2. Tudung labuh pun bukan baik sangat, buat dosa jugak, mengumpat orang, maksiat & sebagainya.
  • Bila Iblis tidak mahu mengikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Kenapa pula aku perlu sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Yang bertudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak semestinya baik..." 
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.” (Al-Ma’idah: 2)


3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.
  • Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Dakwah itu satu tuntutan Islam. Selagi kamu Islam, dakwah tu diwajibkan walaupun kamu sendiri tidak sempurna. Sekurang-kurangnya, yang menegur itu telah insaf dan bertaubat. 
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."


4. Walaupun kami berpakai seksi, tapi hati kami baik.
  • Adakah kamu mendakwa diri kamu mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan ia sudah cukup menjamin maruah diri kamu tanpa perlu menutup aurat dan kembali ke jalan Allah S.W.T?
Rasulullah S.A.W pernah bersabda ertinya: “Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati” (Riwayat Muslim)


5. Pakaian jarang / ketat, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
  • Adakah kamu menjamin bahawa semua "Lekaki Ajnabi" mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?
Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "... dan janganlah kamu memperlihatkan perhiasan tubuh kamu kecuali yang zahir daripadanya..." (An-Nur: 31)


6. Kami rasa pakaian kami tidak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
  • Seksi atau tidak, kamu tetap berdosa walaupun hanya mendedahkan sehelai rambut @ bentuk tubuh kamu.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:"... dan janganlah kamu memperlihatkan perhiasan tubuh kamu melainkan suami kamu, bapa kamu, bapa mertua kamu, anak-anak kamu, anak saudara kamu, saudara-saudara perempuan kamu, perempuan-perempuan Islam atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan..." (An-Nur:31)

7. Walaupun kami tidak bertudung, kami tetap sembahyang dan berpuasa.
  • Adakah kamu yakin bahawa seorang wanita Islam dijaminkan syurga dengan hanya bersolat 5 waktu dan berpuasa? Bagaimana dengan tuntutan Islam yang lain? 
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi masih seperti telanjang (dedah aurat) sehingga memalingkan pandangan lelaki ajnabi atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta Khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun" (Riwayat Muslim).


8. Suka hati kamilah nak berpakaian macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
  • Kamu salah, sebenarnya kamu telah menyusahkan ibu-bapa kamu, abang-abang kamu, adik-adik kamu, suami kamu serta orang lain, dengan menarik mereka ke neraka bersama kamu disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kamu. 
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan dan isteri-isteri orang mukmin (yang benar-benar beriman), hendaklah mereka menghulurkan jilbab-jilbab mereka keseluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih dikenali, kerana mereka tidak diganggu, dan Allah maha pengampun lagi maha Penyayang" (Al-Ahzab: 59)


9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
  • Adakah ini jawapan yang akan kamu berikan pada Mungkar dan Nangkir sewaktu disoal mengenai segala perintah Allah S.W.T nanti?
Firman Allah S.W.T yang bermaksud; “ Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekalah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina." (An-Nisa:14)


10. Kami berpakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer @ pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene demi mencari rezeki yang halal.
  • Kamu telah meletakkan arahan-arahan mereka itu lebih tinggi berbanding perintah Allah S.W.T. Adakah mencari rezeki dengan mengengkari perintah Allah S.W.T itu adalah sesuatu yang halal di sisi Islam? 
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “ Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah S.W.T. kepadanya. Maka takutlah kepada Allah S.W.T. dan berusahalah dengan baik; dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki Allah S.W.T. tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan cara ketaatan.” (Riwayat Ibn Majah dan al- Tabrani)


11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
  • Berdoalah supaya seruan keinsafan itu datang sebelum tibanya Izrail.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “...dan juga orang-orang Yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada Yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji Yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)”. (Al-'Imran: 135)


12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la...
  • Sewaktu malaikat Izrail menjalankan tugasnya mencabut nyawa makhluk-makhluk dunia, ianya akan turun ke dunia bersama-sama dengan dua kumpulan malaikat iaitu malaikat Rahmat dan malaikat Azab. Kumpulan manakah yang akan kamu pohon untuk diperlahankan...?
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup ‘aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)”. (Al-A‘raaf: 26)


13. Menutup aurat tu bagus, tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tiada keikhlasan melakukannya.
  • Inilah punca sebenar kerosakan di dalam Islam, keikhlasan beragama Islam telah dititikberatkan mengatasi seruan Islam itu sendiri.
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan yang sebenarnya berhak disembah kecuali Aku. Rahmat-Ku sudah mendahului kemurkaan-Ku. Barang sesiapa yang naik saksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya berhak disembah kecuali Allah dan Nabi Muhammad SAW adalah hamba dan utusan-Nya, nescaya ia berhak mendapat syurga.” (Riwayat Al-Daimali)



FAHAMAN SONGSANG WANITA MENGENAI AURAT

Fahaman Pertama:
  • Menutup aurat itu adalah dengan memakai tudung sahaja.

Fahaman Kedua:
  • Bertudung tetapi berbaju lengan pendek.

Fahaman Ketiga:
  • Bertudung tetapi berbaju kebarung yang terbelah kainnya.

Fahaman Keempat:
  • Bertudung tetapi baju sendat, sempit dan nipis sehingga memaparkan bentuk tubuh yang menggoda.

Fahaman Kelima:
  • Bertudung tetapi amat longgar sehingga menampakkan jambul atau hujung rambutnya.

Fahaman Keenam:
  • Bertudung tetapi hanya di pejabat. Tidak bertudung di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

Fahaman Ketujuh:
  • Bertudung tetapi tudungnya diselitkan ke belakang leher sehingga mendedahkan bentuk dadanya.

Fahaman Kelapan:
  • Bertudung tetapi dengan kain tudungnya yang nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, dan dadanya.



RENUNGAN KAUM LELAKI

Islam mengangkat martabat kaum wanita di tempat yang tinggi yang selayaknya mengikut fitrah kejadian dan penciptaan mereka oleh Allah SWT. Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa disisi seorang lelaki. Tetapi ingatlah wahai lelaki, kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu Allah mengangkat kamu menjadi pemimpin.

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat (4) golongan wanita iaitu isteri, ibu, anak perempuan dan saudara perempuan. Oleh hal yang demikian, jagalah dan hargailah wanita sebaik-baiknya supaya kelak kita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

Marilah kita sama-sama bertaubat sementara masih belum terlambat. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang Yang sentiasa mensucikan diri.” (Al-Baqarah: 222)





Credit : Facebook

Bila Niat Kerana Allah S.W.T ...



  لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Bila niat kerana Allah S.W.T
Sedar tak sedar perkara tu sentiasa ada masa untuk dilaksanakan
Asalkan niat tu niat kerana Allah S.W.T..
Bila niat betul kerja sentiasa jalan hehe

Dulu nak berubah,tapi teragak agak
Tapi Allah S.W.T guide hambanya ke jalan yg benar..
Bila hambanya ada niat nak ke jalanNya,Allah bimbing,Allah permudahkan segala urusan yg berkaitan..
Agar kita hambaNya kembali ke jalan yang benar
Itu lah redha Allah S.W.T namanya haha 

Alhamdulillah 
Allah S.W.T masih sayang pada aku
Terima kasih Ya Allah
Sedikit sahaja perubahan dengan niat mencari keredhaan Mu, Engkau bantu permudahkan segala urusan ku.
Alhamdulllah, sikit saja perubahan tapi membawa seribu satu erti pada aku hehe
Bukan aku kata aku dah cukup beriman tapi, memang bersyukur lah sebab sedar sebelum sampainya ajal
Selagi ajal belum sampai masing masing ada peluang nak taubat..

Semoga aku kuat dalam menempuh dugaan yang mendatang
Biar Istiqamah..



Geng Power Rangers Tadika 2001



  لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


AMARAN! : Entry Panjang Lebar !





Tetibe teringat zaman kegemilangan aku dekat tadika.Agak dalam 20 tahun lepas juga la aku graduate tadika *tipu. Aku tadika tahun 2001, masa tu umur aku 6 tahun, sila kirakan berapa tahun sudah berlalu. Zaman itulah merupakan zaman gigi patah tumbuh hilang berganti, hingus tak kering, rambut serabai, jalan berterabur, comot dan yang sewaktu dengannya. Ewah sikit.

ok,dulu aku masuk tadika agama.Tadika tu dekat je ngan umah kalau naik kereta lah *gelak lah weh #siscuba


First Day
Hari 1st mak ayah hantar. Anak first masuk sekolah okay. 

Masa dalam kelas,aku duduk dekat baris nombor dua, sebelah dinding. Sebelah kiri aku tak ingat siapa, tapi hujung baris aku tu ada sorang budak yang aku ingat sampai sekarang hahaha. Okay masa first day, mak ayah teman kat tadika sampai waktu balik. Sekali lagi izinkan aku mention, anak first masuk tadika la katakan hahahahahahahargh *dibaling periuk lalu senyap. Tadika ni semua pakai tudung, yang lelaki pulak memang semua kene pakai songkok. kau bayangkan sedangkan sekarang pun aku pakai tudung serabai nak mampus, apatah lagi waktu aku tadika. *nangeh

Masa 1st day aku ingat lagi, kerja pertama cikgu suruh kaler bunga matahari ikut warna berbeza - beza setiap kelopak. Then masa tu aku bermonolog dalaman sebijik macam scene dalam buku komsas tingkatan empat, "Bukan bunga matahari kaler kuning dengan oren je ke?Aku tak pernah nampak lagi bunga matahari kaler lain." Lalu dengan divanya, aku tanya cikgu, then cikgu gelakkan aku, cikgu suruh juga ikut arahan beliau. Em k. Aku 'k' kan aje cikgu waktu tu.

Oh waktu tu mak ayah duduk dekat belakang, aku asyik la pandang belakang sambil tersengih laksana kerang busuk. Siap melambai-lambai gaya macam dekat airport yang orang sambut orang kesayangan dari oversea. Haaa belum kira lagi tahap kelajuan lambaian aku hmm lupakan


Kawan Baru
Siapa yang kenal aku tau lah yang aku banyak cakap. Itu sekarang. Dulu aku pendiam, siapa datang dekat nak berkenalan, aku menangis *tipu. Ekceli sejak kecik lagi mulut aku dah bising mwahaha, so aku belasah je tegur semua orang. Kira memang semua orang lah aku kawan. Tak kira perempuan ke lelaki. Tapi bila ingat balik, baru aku sedar, majoriti geng aku dekat tadika semuanya lelaki. Ya tuhan.

Kawan first aku, nama dia Hidayah. Dia lah yang duduk sebaris dengan aku. Tu la aku jeles kemain, sebab dia masuk tadika setahun awal dari aku. Then aku kenal dengan geng satu taman perumahan dengan aku. Asyraf dengan ikmal. Teman sehidup semati tadika mwahaha. Kawan lain? Ada yang sombong, mengada-ngada, senang kene buli, pandai, sensitip, geng barbie dolls, suka bagi mitos pelik, macam-macam leeeeee, sekejap lagi aku cerita.



Budak Dalam Kelas
Okay ini aku listkan sikit budak tadika aku *yang iolls ingat lah

1. Geng Paleolitik
Ini memang jadi punca aku tanya mak aku kenapa aku tak daftar tadika masa umur 5 tahun sebab aku jeles diorang dah lamaaaaaaaaaaaaaaaaa ada geng, kira aku masuk time zaman Neolitik lah, ehhh sukati kau je.

2. Budak Super Multi Colour Pencil
haaa aku ingat budak ni, dia sekarang duduk melepak kat SBP, tunggu masa nak SPM, nama dia Epul, muda setahun dari aku. Pensil kaler die kemain banyak wei, ade macam-macam jenis pulak tu, dia duduk belakang aku time belum ubah tempat. Memang kitorang selalu buat keje sama-sama, "Epul pinjam kaler ni,weh nak kaler tu pulak." mwahaha die baik, memang boleh dibuat kawan, aku bukannya tak de pensil kaler tapi saje, die pun ajak kongsi. Alololo alalala awewewergh so sweeeeeeet.

3. Geng 'Barbie Dolls'



Dalam mana mana kelas biasanya mesti ada geng budak gedik a.k.a 'barbie dolls' punya. Tak gedik pun mesti ade geng budak perempuan yang terlalu keperempuanan. Itu pasal aku panggil depa geng 'barbie dolls', buat apa tak boleh, usik apa tak boleh. Serious memang aku tak buat geng ah bebudak ni. Dah la suka main jeling - jeling, apa yg dijelingnya aku pun tak tau, nasib aku tak pandai nak jeling balik, kang aku jeling terpancar laser ultraman tak pasai depa rabun teruk. Gais, disebabkan aku jenis yang macho, aku tak heran pun bebudak tu. Pernah je aku try berkawan dengan diorang, tapi tak boleh ngam, so aku join geng 'power rangers' mwaahaha macho lah sikit.

Pernah sekali tu ketua geng 'Barbie Dolls' tu cari pasal dengan aku, aku pun berdebat dengan rilek serta bergaya bersinar bergemerlapan ibarat bintang dilangit tapi tak hengat pasal apa mwahaha Lepastu die geram hentak hentak kaki depan aku, nasib dia tak report cikgu. Memang ciri-ciri mean girl ada lah dalam diri dia hahaha kalau aku cerita betul betul banyak kot pasai geng dia ni. Nanti aku rajin aku hupdet pasal geng patung getah ni xD 

4. Geng 'saia taa kuad'


Ni pun ade geng jugak. Asyik kene usik sampai menangis mwahaha Aku pernah lah berapa kali usik bebudak ni tapi tak de la sampai nangis, kire gangster la jugak aku dulu, bila ingat balik kesian. em maaf, saia jugaa taa kuad.

5. Budak Ancient
Kan aku ade mention pasal bebudak yang suka bawak mitos mengarut kat dalam kelas, ok golongan ni tak dapat dinafikan kewujudan diorang dalam setiap kelas yang aku masuk, sejak iolls tadika sampai sekolah rendah. Tapi aku sentiasa nak alasan logik, aku tak tau kenapa tapi agak poyo jugak la aku masa tadika hahahaha. Masa dulu aku jenis tak kisah pensil dah pendek sangat pun boleh pakai lagi, mungkin sebab aku selekeh kot dulu dulu. Sampai satu hari tu aku terpakai pensil tu depan satu geng budak yang manja. Sikit-sikit tak boleh, ini tak boleh, itu tak boleh. Nak dijadikan cerita, pensil aku tu dah pendek sangat, kira nak dekat panjang ibu jari tangan aku je, diorang pun mula lah sebar mitos pelik, 

A : Nisa,kau tak boleh guna pensil tu!
Aku : Kenapa? 
B : Kalau guna pensil pendek dari ibu jari nanti mak mati..
Aku : eh???!!! TIPU!!! *kening terdouble triple jerk gara-gara terkejut
C : betul.. kau tak caya lantak kau.. 
Aku : *tukar pensil tak bagi diorang bising*



Sumpah aku tak caye. Tapi lepas tu aku tak guna lah pensil pendek macam tu dpan kawan aku takut diorang cakap pasal tu lagi. Lagi lagi ada kait dengan emak aku. Tu la pasalnya aku kurang suka budak purba pembawa mitos pelik dalam kelas ni. Lantak korang la, dah besar baru tau malu kot mwahahahah Mesti yang percaya benda merapu tu dah malu sekarang lewls. Bila malu, tolong ingat sorang budak serabai tudung senget yang asyik gaduh dengan korang bila korang sebar mitos. Budak tu Nisa ! *libas kain telekung sambil menyeringai


Perangai
Lewls, aku paling ingat waktu tadika aku memang suka sangat roti telur. Satu hari tu, aku bawa bekal, tetibe aku tak dapat tunggu waktu rehat, memang lah lagi berapa minit je tapi time tu peduli apa. Power ranger perlukan tenaga nak main polis sentri waktu rehat sekejap lagi kahkahkah 

So aku makan senyap senyap dekat belakang, acah pandang belakang nak amik buku kat dalam beg sekolah. Tapi aku buka tupperware lepastu sumbat roti masuk dalam mulut. Then pandang depan balik buat - buat peduli ape yang cikgu ajar kat dalam kelas. Lepastu dah habis yang dalam mulut, aku pun kecewa. Tapi tak pe aku pusing belakang lagi sumbat roti dalam mulut banyak-banyak. Then pandang depan balik dengan pipi yang terlalu kembung sebab penuh dengan roti kahkahkahkahkahkahkah. Sakainya perangai time kecik-kecik. Ya Allah berair bijik mata aku gelak. Then habis lagi lepastu aku hambek roti sorok dekat belakang aku cakap kat cikgu nak pergi TOILET, cikgu kata "lahhh tapi sekejap lagi nak rehat" lepas tu aku tak ingat aku jawab apa sampai lulus aku boleh pergi toilet. Sampai depan toilet, aku makan depan toilet mwahahahaha Perangai. Tapi bukan depan toilet betul lah, dekat dapur, dapur tu besar. Tetibe cikgu sergah aku, ya Tuhan kemain terkejut beruk meremang bulu hidung. Cikgu tanya  "Anis buat ape tu?" dengan pantas aku buat muka innocent, "Saya melawat tandas cikgu" hahahaha baru nak pergi kelas balik,  tengok diorang dah rehat, so aku terus pergi rehat tanpa bekal yang mak bagi sebab dah makan waktu kelas tadi hahaha wargh




Lagi aku teringat cikgu Nor masak mee goreng sedap sungguh. Hari tu aku pun tak tau kenapa dengan perut aku, aku tambah sampai berpinggan pinggan haha Tapi time tadika aku kurus melidi je tak de pulak gemuks. Tapi memang aku kuat makan, mungkin sebab aku aktif gila kot, bukan jenis duduk rumah main anak patung, tapi main polis sentri dengan budak lelaki, main sorok-sorok, pergi memancing, main game tv umah abang sedara, main pedang kayu, panjat pokok la banyak la lagi. Memang lelaki sejati lah aku dulu cuma rambut panjang sampai pinggang, pakai tshirt dengan seluar pendek. Tak de lah rupa lelaki just perwatakkan tu ganas semacam.Ha geng aku buat kerja jahat petang petang ikmal lah. tapi itu semua dulu, sekarang jumpe pun segan nak tegur. Oh persahabatan kita kahkahkah Sebab dulu dia anggap aku budak lelaki kot, sekarang dah pakai tudung jalan pakai beg tangan euw ayu sangaaaaaaaaaaat *nak muntah buleh, baldi disediakan


Pekakas, apparatus pape je lah 
Aku tak tau nak label natang ni tapi kira stuff budak tadika lah, err aku maksudkan barang sekolah yg magik-magik bagi aku. Kira barang sekolah yang aku batak masa tadika. Macam pembaris air, pemadam tekan, pensil box bertingkat, pensil box ade roda, pensil box ade game gelung air, beg roda, kasut magnet, pensil tekan or pensil tik tik *ye ye memang batak gile, pemadam pen *pemadam getah biase tapi boleh padam dakwat pen, pemadam bau macam cekelat sampai rasa nak gigit, cop dakwat yang bentuk-bentuk tu, banyak lah lagi. Kan ade macam-macam jenis pensil box, dlm banyak-banyak pensil box ada yg kaler pink sejati and ada yang untuk budak lelaki, aku pilih pensil box bentuk kereta sport yang ade roda. Gila kau memang jantan lah aku dulu, beg roda gambar anime Gandum Gundam dengan ultraman. Nasiblah aku sempat kembali ke pangkal jalan. Lewls


Geng Power Rangers



Okay gais, ni aku nak kenal kan geng masa tadika aku. First yang paling aku rapat, Ikmal. Seriously aku tak ingat nama penuh dia, dulu pun aku tak pernah hafal nama dia. Sebab aku dah senang hati dengan nama ikmal yang aku dah tau tu. Die duduk dekat baris bertentangan dengan rumah aku, so aku selalu lepak umah dia and dia pun selalu lepak rumah aku. Suka duka bersama lah katakan. Aku ingat ade satu hari tu, kitorang main api, tetibe dia tunduk fokus buat apa entah sampai kepala dia DEKAT SANGAT dengan lilin. Aku tengok je sebab aku dah boleh hagak apa jadi kalau dia gerak. Tetibe die bergerak. Haaaaa... terbakar sikit rambut dia. Terus dia kena marah dengan ayah dia. Lepas kene marah kitorang cari tempat lain melepak. Banyak lah aktiviti yang aku buat dengan dia, macam - macam benda merepek kitorang buat mwahaha Pernah satu hari aku troll dia minum kicap dekat rumah aku hahaha itu nanti lah aku cerita. *gelak mengilai



Then lagi sorang Asyraf. Dia ni rendah-rendah sikit, sama dengan Ikmal, antara diorang aku paling tinggi. Tapi sekarang? Tak payah cakap, aku had bahu diorang je T^T. Asyraf ni kuat gila gelak. Bila die sengih muka die innocent sangat. Kalau orang tgah marah aku rasa boleh tak jadi marah hahaha Sebab muka die muka bahagia. Rumah dia jauh sikit, kitorang jarang melepak petang-petang, Tapi sekarang rumah aku sebaris rumah dia lewls. Tapi tak pernah terserempak. Lewls sekali lagi.

Ekceli ada sekali aku tertolak Asyraf sampai jatuh then dia menangis. Sorry weh aku selalu minum milo masa tu, so kekuatan aku sukar dikawal ehek. Satu hari tu dekat kelas, ayah die datang nak bagi duit belanja dengan bekal makanan, dia suka sangat ayah dia datang punya la jongket jongket bangku last last jatuh terbalik kebelakang. Habis satu kelas gelak. Time tu aku ingat die nak menangis, tapi rupenya dia gelak terbahak bahak sama dengan kitorang, buat muka innocent lagi. haish. 

Sebab kene ada duit poket ialah sebelah tadika kitorang tu ada kedai aiskrim. Duit semua habis situ, tak silap aku, aku selalu beli tora tora kahkahkah Lepastu dapat robot gandum gundam plastik ceihhhhh. Kalau lah aku matang time tu dah lama aku habiskan duit dekat makanan je -.- 

Dengan diorang lah aku main polis sentri ape semua hahahaha Main macam macam lah, sebab aku join group budak lelaki. Budak perempuan waktu rehat suka lepak dalam kelas. Apa diorang buat pun aku tak tau. So aku lepak luar, ada jugak budak perempuan yang lepak luar kelas. Tau diorang buat apa? Sangat keperempuanan, diorang main masak-masak dekat tepi dinding kelas. Aku yang kanak-kanak time tu pun terdetik dalam hati "Apa lah masak pasir, masak daun, pelik-pelik je BEBUDAK ni "  em Nisa, tapi kan, time tu kau pun budak jugak ! hahahaha xD Aku pernah je join depa main masak pasir, tapi tak kena dengan jiwa, so aku pergi main kejar kejar dengan geng budak lelaki, Mwahaha tak boleh blah dah la pakai baju kurung main polis sentri -.-

polis sentri sgt gif ni xD 


Bukan Geng



Yang bukan geng aku ni kebanyakkannya budak perempuan dengan golongan yang tak boleh di ajak main. Kebanyakkannya mestilah poyo poyo sikit lepas tu bila usik sikit dah muncung itik. So aku tak layan la bebudak yang hati tisu ni. Walaupun aku perempuan tak de la aku sensitip macam diorang yang usik sikit pun tabboleh. Sebab mungkin aku gurau dengan budak lelaki diorang tak rasa apa, kalau dengan budak perempuan acah sikit dah report cikgu tak pun nangis sampai satu kelas tengok. Lepas tu budak kelas nyanyi lagu annoying yang aku rasa nak pijak sorang-sorang. 


Liriknya berbunyi begini "AYOP TA TA YOP ... AYOP TA TA YOP...".. Diorang pulak macam zombie yang repeat word otak... otakk... Diorang akan repeat lirik annoying tu sampai mangsa buli tu benti nangis. Then blah macam tu je -.-


Insiden
Di satu pagi yang hening, aku pakai lah uniform sekolah tadika tu mcm biasa. Tapi tak tau kenapa masa aku sarung baju tu aku rasa tak sedap hati, tapi aku biarkan. Bukan ade pape pun haha. Then sampai dekat tadika. Aku buat biase la. Tetibe masa kat dalam kelas *masa ni aku dah pindah tmpat duduk belakang sekali sebab aku tinggi. Pembesaran aku ni buat aku keliru jugak, macam tinggi naik laju sangat, dah besar sikit terus stop meninggi. em.

Tetibe kan masa aku tengah nak ambik buku dekat beg, aku tersedar yang AKU PAKAI BAJU TERBALIK!!!!!!!!!!!!!!! arghhhhhhh!!! tak guna tak guna tak gunaaaaaaa!!!!!!!!!!! 



Then aku pergi depan kelas kasitau cikgu dengan muka innocent + muka mintak keadilan !! Aku cakap dekat cikgu, "CIKGU SAYA TERPAKAI BAJU TERBALIK! T^T" Sambil tu aku posing ala ala model nak tunjuk dekat cikgu sebagai bukti yang memang aku pakai baju terbalik. Cikgu pun bawa aku ke belakang kelas. Cikgu suruh tukar baju dekat situ. Ceh, yang hampehnya budak lelaki budak perempuan semua caring terlebih ikut sekali nak tengok kenapa dengan aku. Hahahaha terima kasih caring ye hakak habang dan sahabat handai sekalian,tapi boleh lain kali? Sebab AKU NAK TUKAR BAJU! hahaha bila ingat balik careless gila aku -.- 


Sukan
Kebanyakkan sukan yang aku masuk, semuanya aku menang. Sebab budak yang lumba dengan aku selalunya budak perempuan yang manja manja pakai beg pink barbie dolls hahaaha. So lari sikit jatuh. Aku pulak yang hari-hari main polis sentri ni agak lasak sikit so lari tak de apa lah. Tapi,tadika je pun. Sekarang? Aku pun tak tau. Sekarang aku lebih lembik dari dulu, lari sikit tak larat asyik letih je. Hmm mungkin atas faktor diri yang semakin dimamah usia kot hahahaha xD ok tak aku baru 18 tahun -.- 


Lama kot tak jumpe geng power rangers aku tu, yg Ikmal jumpe aku dia tunduk sebab segan kot, yg Asyraf hari tu datang kenduri rumah aku, dia pandang aku macam budak perempuan lain, "eh awek.. k dah..." macam tu je. Tapi aku rasa kalau mamat dua orang tu terserempak berdua pun diorang tak akan bertegur sebab aku tengok Ikmal ni makin lama makin pendiam hahahaha agak-agak kalau aku kata kat diorang aku nak bukak rahsia besar diorang masa kecik mau tak diorang senyap? mwahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha  xD 

#Lagi entry panjang lebar dari aku.. hahahaha saje je ceghite.. sebab teringat.. xD

6 Bawah Sejarah BEST !


  لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


AMARAN! : Entry Panjang Lebar !



Sekian lama memang aku tak de cerita nak diceritakan..mungkin nak dekat 1 tahun setengah jugak tak kisahkan pasal hidup aku.haha dulu2 banyak yang nak diceritakan sampai tiap hari hupdet blog hinggakan sehari,dua or tiga entry dipublish (kini dipadam balik) sekarang lain sangat pulak eheheh. nak start cerghite pon amik masa nak mula dari mana.




6 Bawah Sejarah(6BS).kelas preU aku (STPM/F6). hahaha seriously hari ni aku nak cerita tentang kelas 6BS jeee ! Bila teringat kelas 6BS.aku akan teringat muka2 budak yang gila2 dalam kelas,bukan setakat gila2,but caring,pandai,Islamik,kelakar,kaki bahan,budak pendiam,kepoh,kuat gelak,annoying,suka bawak conflict,kaki dtg lambat,masuk kelas lambat,perempit,comel,handsome,mengada,banyak tanya,suka meniru,tak siap kerja sekolah,tak pandai present,pandai present,lemah lembut,poyo,playboy an so on.yup,memang dalam setiap kelas yang kita masuk tu akan ade budak2 yang caracternye sebegini hahahaha n caracter yg aku sebutkan ini semuanya ade dlm kelas aku :D

8/5/13
tarikh ni aku daftar f6.first day aku daftar dengan irni.masa orientasi,sangat sangat ramai.walaupon ramai tak de la segan sangat kan sebab masuk sekolah sendiri balik.AZIZIAN.guess what,walaupon budak Azizian ramai yg masuk f6,tapi Semaja LEBIH ramai,boleh dikatakan Semaja monopoli mini audi ketika itu.*eh mcm warta perdana pulak* the reason why aku masuk f6 ialah dah dapat,tak kan tak pegi plus aku dah tak larat dok umah sampai gemuk sebab tak buat ape2(berat badan naik),n aku tak rela study swasta sebab takut beban mak ngan ayah.ofcourse kalau dah dpt f6 tu biasenye takde tempat dekat matrik.tapi masa dpt offer f6,aku tak tau kenapa aku tak de la terkilan sgt tak dpt matrik walaupun sepatutnya aku terkilan kan,matrik kan tempat standard pada pandangan org sebab boleh sambung degree awal berbanding f6 haha entah la mungkin sebab aku eksaited gile pakai uniform putih.yela sekolah selama 12 tahun,9 tahun aku pakai uniform biru pengawas.gile jemu tak jemu semua pikir markah koko.sebab aku tak terkilan jugak ialah kwn sejak sekolah rendah aku dri Semaja amik f6 kat Azizian hehe.n masa pendaftaran aku tak bawak surat tawaran,salinan IC n ape2 yg diminta. hahaha sempoi je melenggang kangkung kata cikgu.masa orientasi memang lawak gila,lagi2 time budak nebes haziq kene panggil kat depan kenapa masuk f6.n majoriti chinese student kata tak de duit itu sebab msuk f6.yg students lain,"saya masuk sebab dapat tawaran" *sengih kerang busuk* memang la dpt tawaran wei -.-





Kawan Baru
masuk kelas mula2 aku just berkawan dengan budak sultan je,sebab yg masuk kelas tu masing2 memang dah ade geng..so tetibe nak berkenalan tu memang agak awkward lah.hahah diorg pon tak ajak berkenalan lagi.tapi tegur2 tu memang ade.jgn la sombong sgt kan.hahaha.tegur je nama tak tau.then masuk kelas,amik kau memang selerak berhabuk,meja kene pilih sendiri amik kat belakang kelas.errr... kecoh tak payah kata... n masa kitorang dah susun meja,ade la sape2 yg letak meja nak cop tempat dekat depan semua meja kene amik dengan f6 Atas. weh kejam nyaaaaaa mcam ni korang layan junior korang.aku rasa nak je amik balik meja dari kelas diorg haha ke dtg nak tayang muka,nak tengok budak perempuan kelas kitorang?gatai -.- sian diorang.. aku semestinya cop tempat bawah kipas,dok dengan lala n irni belakang pulak hamosha,rinazman n kn,depan kitorang wikie,husna n byla kekeke xD masuk kelas,dah mula la berkawan2,mula2 malu.. 1st friend aku ialah....ramai,seingat aku aku tegur ramai2 sekaligus hahahaha...peramah dak?semua ini berlaku sewaktu aku angkat meja,diorang tegur sebab banyak membebel tak pasal diorang caring ape bende yg aku membebel tu,ta silap aku ainina yg tegur,the gadis ayu bertudung labuh,aku suka tengok dia sebab dia cantik haha xD so sewaktu orientasi cikgu dah kata sila pilih mata pelajaran,n aku pilih,Pengajian Am(wajib),Sejarah(sebab dapat kelas sejarah),Pengajian Perniagaan(P.P),n Bahasa Melayu(BM yg aku tak pernah terpikir akan jadi susah sebegini)....n MUET(bukan subjek mcm yg lain)... aku rasa MUET je aku suka,sebab,kelas best sangat waktu MUET hahahahaha xD 




Bye Irni
masa cuti bulan 6 yang 2 minggu tu kawan gelak menyembur,Irni, nak benti f6 sbb nak gi institut pertanian. err tapi aku memang dah jangka dah die lulus interview,sebab masa die cerita pasal pengalaman interview die tu,terdetik dlm hati aku "gaya cam ade harapan je budak ni" hahahaha lagipun ape yg terdetik dalam hati tu doa kata cikgu bm aku,tapi ekceli memang la aku tak rela die blah,tapi itu untuk kepentingan aku,ekceli untuk kebaikan die jauh di lubuk hati sebenarnye aku doa jugak ape yg terbaik untuk die.hmm nasib baik ade lala hahahaha kalau tak tak tau la aku nak gelak menyembur dgan sape pulak lepas irni pegi xD so meja bertiga.. tapi duduk 2 org.boleh baring2 dlm kelas -.-

Menyesal Masuk FORM 6
masa ni,aku terasa yg kenapa lah aku tak belajar rajin2 last2 sekarang dalam geng aku aku sorang je belum pegi mana2.walaupun aritu pak cik dri UITM dah offer pilih course perbankan, atau pilih pra diploma. but aku pilih pra diploma,then bila dah dpt pra diploma aku cancel tawaran,tak terima pulak.err panjang ceritanya. aku selalu merumitkan keadaan -.- serious,menangis weh,memang down sangat.n aku tak de mood nak bukak buku langsung,mak ngan ayah dah risau dah,mula lah diorang pikir nak hantar aku gi kolej swasta,masa tu aku rasa macam nak benti sangat2,rasa tak mau dok f6 lagi.ekceli kan,aku down tu ade lah sebab dari kata2 org sekeliling,hahaha masa tu jiwa agak rapuh,lagipun Irni kan baru blah,memang terasa sangat la tak setaraf dengan geng2 aku hanya sebab aku tak pegi mana2 lagi.lagi satu bila org tengok budak f6 diorang akan anggap yg kitorang ni budak yg memang tak dpt mana2 tawaran u.tapi aku nak cerita lah,ekceli f6 ni nak kejar degree cepat.degree dalam 1 tahun setengah berbanding diploma yg 3 tahun.mungkin atas faktor kewangan dan sebagainya. tapi nak kata budak f6 kurang bijak macam yg selalu aku dengar,korang silap besar weii.budak kelas aku je,majoriti dapat tawaran sambung belajar.ade yg dpt uitm,ade utm,poli n so on. cuma diorg je yg prefer f6.yang dah duduk sebulan kat uitm lepas tu masuk balik f6 pon ade.hahahaha aku tak paham betul budak ni,lepas tu balik aku gossip die dengan lala,sian die jadi mangsa xD tapi seyes aku tak de lah menyesal masuk f6,just masa tu je,stress dengan kata2 org sekeliling,memang menangis la atas katil tersedu sorg2.wuuu... silap aku jugak,dengar kata org sekeliling yg tak tau ape2 pasal aku.kesimpulannya kejar impian,jgn biar kata2 org luar pengaruh kita hehe aku tak menyesal pon. hehe





Kelas
-Pengajian Am
hahahahaha subjek ni kan... errr.. selama aku sekolah 4 bulan dekat f6.subjek ni paling aku tak boleh nak pay attention.aku tak tau lah kenapa. mungkin sebab sem 1 die terlalu banyak menteri kabinet pemerintahan bab2 politik yang aku sendiri memang tak faham. hahaha dah la pengajian am wajib lulus erghhh ... susah pulak tu. tapi bila dah pay attention tu memang paham la citenye tapi paham dlm kelas je la.balik umah buat nota pastu 2 3 hari kemudian hilang ingatan hahahaha lagi satu yang aku kagum gila dengan cikgu p.am kitorang(guru kelas),(adakah singkatan p.am ni benar2 wujud atau aku yg sesuka hati letak haha)cikgu p.am kitorang sangat sangat sangat bijak.bila ditanya mcm dah diset mcm komputer. serious ! setiap kali kitorang tak paham n tanya soalan,guru kelas kitorg tu akan bagi penerangan yg tersangat2 panjang lebar,COMPLETE dengan FAKTA,HURAIAN,CONTOH ! n penerangan cikgu mesti dalam 3 minit ke atas.aku pernah terpikir kenapa cikgu tak jadi pensyarah je? hahahaha dasyat cikgu am kitorang ni.n yg aku pelik kenapa baba boleh fokus kat dalam kelas ni sedangkan ini la masa aku lunyai mengantuk haha.eh tapi aku belajar jugak ye haha





-Sejarah
Masa mula2,waktu kelas masih dlm bilik apd kan.. hehehe *ni aku nak cerite lawak ape yg aku nmpak* kitorang dpt cikgu muda.. lelaki,melayu.. umur die kire berapa tahun je tua dari kitorang.aku rasa ade budak perempuan yg tengok cikgu tu handsome hahahaha masa kelas sejarah ape yg aku perhati kan,budak perempuan dalam kelas aku ada sebahagiannya rajin bertanya,waktu lain korg tak bnyak tanya pulak ye,sampai budak India dlm kelas aku pon mcm nak ngorat cikgu tu.. hahahahahahahah xD weh tak leh bla.. tapi msa tu aku tak cam pon muka budak2 yg rajin btanya tu.masa sejarah ni kan time tu belum pindah kelas ape semua, buku tak beli lagi,n time tu irni pon belum bla,so inilah masa aku menyembang,catat lah jugak nota tapi aku lebih fokus kepada topik yg disembangkan.hobi aku memang suka menyembang.bercakap.tak tau kenapa.. hmm -.- so after a few months,kelas sejarah dibahagi kepada dua,aku dapat ngan cikgu yg lebih senior hehe,ya Allah cikgu nya kelakar gila wei hahahahaha sape yg sekolah Azizian tau la sape die cikgu sejarah yg kelakar.sejarah sem 1 belajar ttg sejarah dunia,tapi aku tak tau kenapa,aku boleh hadap buku sejarah lama2 berbanding buku pengajian am yg aku tak sanggup nak hadap walaupun 5 minit.entah la sebab sejarah dunia menarik kot. errr... menarik haha.lagi satu kelas sejarah sgt lapang.tak tau lah kenapa tapi makin lapang kelas tu makin seronok belajar. serious. :D

-Pengajian Perniagaan
ha selain kelas sejarah,kelas ni pon aku fokus jugak.hmmmm..mungkin sebab cikgu die kot,hahaha cikgu sangat2 happy.tapi bila cikgu marah, jangan buat perngai,tapi lepas cikgu marah tak sampai bape minit dah senyum balik hahahaha n kelas ni jugak sentiasa aktif buat keje p.p.. cikgu sentiasa perhati kitorang,tak de sape yg boleh leka sikit,kang tak pasal kene tegur,time kelas ni memang tak boleh menyembang,peh tu tak boleh buat keje lain hahahaha cikgu suka jalan2 tgok kitorg buat keje.hahahaha.subjek ni susah la jugak banyak kene hafal proses,memang banyak menghafal lah. n aku suka bab yg buat graf tu..sebab senang xD *tu je yg senang yg lain? err* -.-




-Bahasa Melayu
haaaa... kelas ni tak boleh main2,kalau gurau senda dengan cikgu boleh lah,cikgu tegas n sentiasa ingat ape homework yg patut dihantar hari ni..hahahaha xD seram weh,yela sesetengah cikgu yg selama aku belajar ade yang terlupa mintak homework kadang2.n cikgu akan bagi homework yg cikgu subjek lain tak biasa buat.cth : pegi pekan tangkap gambar kesalahan hukum BM, kat signboard kedai ke mana2 signboard.then keje lain,balik rumah baca esknya panggil rawak je bentang kat depan,mcm2 lah.so memang sentiasa berada dalam ketakutan,takut nama dpt undi kene panggil kat depan.tapi kelas ni santai sebenarnya.err.. nota tak pyah cakap memang berjela.cikgu tegas2 pon sebenarnya kelakar.ade masanya memang santai sngt.TAPI SUSAH!!!! 

-MUET
kelas ni tersangat sangat sangat aku suka,bukan sebab English ke ape.. tapi sebab ini lah masa nak bergumbira.. waktu kelas ni memang kitorang semua tertunggu2,kitorang lebih rela MUET sepanjang hari berbanding subjek lain.sebab Sir kelakar sangat.lagipun inilah masa nak kuar ke toilet ke,photostat ke jejalan ke.haha masa awal2 masuk kelas dulu,sir tak bagi cakap dalam bahasa melayu.. ok lah kitorang tak ckap bahasa melayu.ade pulak yg buat isyarat. aku tak paham betul bebudak ni. tapi lama2 nampaknye sir dah redha hahahaha.n ade sorang budak kelas aku yang tak de la reti speaking BI tapi berani bercakap dalam BI.nampak la usaha dia nak belaja BI tu hehe. Biasenye die lah yg buat satu kelas gelak terbahak2,ngan geng dia lagi sorang.suka sgt buat muke cuak gile padahal depan kelas je. aku ingat masa tu dalam mini audi,so ramai la f6 gabung dengan upper 6 ade kokurikulum kan.die tak dapat air con,die pon jerit kat sir yg ade kat depan "SIR,THE AIR-COND DOES NOT HIT ME! IM HOT SIR" hahahaha kelakar sangat selambe die je nak praktikkan Engrish die tu kat mana.habis satu mini audi gelak terbahak2..kelas muet ni biasenye sir bagi tips menjawab je.so memang boleh buat keje lain. lagi satu aku tak tahan tgok eyjaa. hahaha sir selalu buat muka pelik pandang eyjaa sebab die bercakap dengan penuh kebahagiaan dan kegembiraan sampai lupa dunia n lupa yg sir ade kat depan xD lgi satu masa awal2 kelas dulu bila aku buat exercise MUET yg sir bagi aku boleh dpt full mark,tapi sejak banyak terlentok dalam kelas,n menyembang terus markah aku tak pernah nak elok lagi hahahaha.ketara sangat tak belajar.




Kerenah
dah duduk sekelas ramai2,mestilah masing2 akan ade kerenah tersendiri.ape yg aku perasan kan.kelas aku pelajarnya kalau 5 baris meja dari BARAT KELAS sampai lah belakang memang sangat boleh plan nak buat ape,semua sporting,tapi 3 baris dari TIMUR KELAS sangat2 jarang participate ape2 event yg kitorang buat. haha beberapa org je lah,mungkin sibuk. contoh mcm gi pekan ke,majlis buka puasa,jalan2 raya,main tepung,seludup nset tgkap gambar. event penting 6BS tu hahahah tapi tak de ape pon.. mungkin diorang sibuk, n masa tu diorang ada urusan masing2.haha sebab aritu diorang gi tgok movie pon aku tak join. haha mak tak kasi :(

GENG
yang semestinya ada masa aku pegi kantin ke mana2 lah,mesti ada baba,lala,nani ni memang rapat sejak dari awal masuk f6.then lama2 geng tu makin ramai ahli hahahah eyjaa,tasha,fath,uyun,raz,kn,sakira... yg ni memang on je kalau nak buat ape2 hahaha lagi satu aku suka kacau dayah ngan amy.hahaha diorang kelakar wei xD aku suka kacau dayah pastu tengok reaksi die.hahahaha.sebab kekadang bile aku tak dengar ape die cakap die sound aku dalam bahasa jawa hahahaha dah benti sekolah ni rindu pulak nak kacau diorang xD 

#so aku dah benti sekolah.entry ni memang panjang.bila teringat memori daun pisang,aku akan baca balik n tersengih sorang2 tu la tujuan aku taip panjang2 kasi ingat semua detail hehe.

bye budak 6 BS.Aku baru benti berapa hari dah rindu gila kat korang.Sebab korang sporting sangat.Study rajin2 tau,yang stay f6 study betul2 ye,kejar degree yang korang aim tu. n yang nak blah gi poli jangan lupa kitorang lepas dapat kawan baru. hahaha kalau balik contact.jom jejalan ramai2 lagi xD 

FOLLOWERs