Nisa: Geng Power Rangers Tadika 2001

Geng Power Rangers Tadika 2001



  لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


AMARAN! : Entry Panjang Lebar !





Tetibe teringat zaman kegemilangan aku dekat tadika.Agak dalam 20 tahun lepas juga la aku graduate tadika *tipu. Aku tadika tahun 2001, masa tu umur aku 6 tahun, sila kirakan berapa tahun sudah berlalu. Zaman itulah merupakan zaman gigi patah tumbuh hilang berganti, hingus tak kering, rambut serabai, jalan berterabur, comot dan yang sewaktu dengannya. Ewah sikit.

ok,dulu aku masuk tadika agama.Tadika tu dekat je ngan umah kalau naik kereta lah *gelak lah weh #siscuba


First Day
Hari 1st mak ayah hantar. Anak first masuk sekolah okay. 

Masa dalam kelas,aku duduk dekat baris nombor dua, sebelah dinding. Sebelah kiri aku tak ingat siapa, tapi hujung baris aku tu ada sorang budak yang aku ingat sampai sekarang hahaha. Okay masa first day, mak ayah teman kat tadika sampai waktu balik. Sekali lagi izinkan aku mention, anak first masuk tadika la katakan hahahahahahahargh *dibaling periuk lalu senyap. Tadika ni semua pakai tudung, yang lelaki pulak memang semua kene pakai songkok. kau bayangkan sedangkan sekarang pun aku pakai tudung serabai nak mampus, apatah lagi waktu aku tadika. *nangeh

Masa 1st day aku ingat lagi, kerja pertama cikgu suruh kaler bunga matahari ikut warna berbeza - beza setiap kelopak. Then masa tu aku bermonolog dalaman sebijik macam scene dalam buku komsas tingkatan empat, "Bukan bunga matahari kaler kuning dengan oren je ke?Aku tak pernah nampak lagi bunga matahari kaler lain." Lalu dengan divanya, aku tanya cikgu, then cikgu gelakkan aku, cikgu suruh juga ikut arahan beliau. Em k. Aku 'k' kan aje cikgu waktu tu.

Oh waktu tu mak ayah duduk dekat belakang, aku asyik la pandang belakang sambil tersengih laksana kerang busuk. Siap melambai-lambai gaya macam dekat airport yang orang sambut orang kesayangan dari oversea. Haaa belum kira lagi tahap kelajuan lambaian aku hmm lupakan


Kawan Baru
Siapa yang kenal aku tau lah yang aku banyak cakap. Itu sekarang. Dulu aku pendiam, siapa datang dekat nak berkenalan, aku menangis *tipu. Ekceli sejak kecik lagi mulut aku dah bising mwahaha, so aku belasah je tegur semua orang. Kira memang semua orang lah aku kawan. Tak kira perempuan ke lelaki. Tapi bila ingat balik, baru aku sedar, majoriti geng aku dekat tadika semuanya lelaki. Ya tuhan.

Kawan first aku, nama dia Hidayah. Dia lah yang duduk sebaris dengan aku. Tu la aku jeles kemain, sebab dia masuk tadika setahun awal dari aku. Then aku kenal dengan geng satu taman perumahan dengan aku. Asyraf dengan ikmal. Teman sehidup semati tadika mwahaha. Kawan lain? Ada yang sombong, mengada-ngada, senang kene buli, pandai, sensitip, geng barbie dolls, suka bagi mitos pelik, macam-macam leeeeee, sekejap lagi aku cerita.



Budak Dalam Kelas
Okay ini aku listkan sikit budak tadika aku *yang iolls ingat lah

1. Geng Paleolitik
Ini memang jadi punca aku tanya mak aku kenapa aku tak daftar tadika masa umur 5 tahun sebab aku jeles diorang dah lamaaaaaaaaaaaaaaaaa ada geng, kira aku masuk time zaman Neolitik lah, ehhh sukati kau je.

2. Budak Super Multi Colour Pencil
haaa aku ingat budak ni, dia sekarang duduk melepak kat SBP, tunggu masa nak SPM, nama dia Epul, muda setahun dari aku. Pensil kaler die kemain banyak wei, ade macam-macam jenis pulak tu, dia duduk belakang aku time belum ubah tempat. Memang kitorang selalu buat keje sama-sama, "Epul pinjam kaler ni,weh nak kaler tu pulak." mwahaha die baik, memang boleh dibuat kawan, aku bukannya tak de pensil kaler tapi saje, die pun ajak kongsi. Alololo alalala awewewergh so sweeeeeeet.

3. Geng 'Barbie Dolls'



Dalam mana mana kelas biasanya mesti ada geng budak gedik a.k.a 'barbie dolls' punya. Tak gedik pun mesti ade geng budak perempuan yang terlalu keperempuanan. Itu pasal aku panggil depa geng 'barbie dolls', buat apa tak boleh, usik apa tak boleh. Serious memang aku tak buat geng ah bebudak ni. Dah la suka main jeling - jeling, apa yg dijelingnya aku pun tak tau, nasib aku tak pandai nak jeling balik, kang aku jeling terpancar laser ultraman tak pasai depa rabun teruk. Gais, disebabkan aku jenis yang macho, aku tak heran pun bebudak tu. Pernah je aku try berkawan dengan diorang, tapi tak boleh ngam, so aku join geng 'power rangers' mwaahaha macho lah sikit.

Pernah sekali tu ketua geng 'Barbie Dolls' tu cari pasal dengan aku, aku pun berdebat dengan rilek serta bergaya bersinar bergemerlapan ibarat bintang dilangit tapi tak hengat pasal apa mwahaha Lepastu die geram hentak hentak kaki depan aku, nasib dia tak report cikgu. Memang ciri-ciri mean girl ada lah dalam diri dia hahaha kalau aku cerita betul betul banyak kot pasai geng dia ni. Nanti aku rajin aku hupdet pasal geng patung getah ni xD 

4. Geng 'saia taa kuad'


Ni pun ade geng jugak. Asyik kene usik sampai menangis mwahaha Aku pernah lah berapa kali usik bebudak ni tapi tak de la sampai nangis, kire gangster la jugak aku dulu, bila ingat balik kesian. em maaf, saia jugaa taa kuad.

5. Budak Ancient
Kan aku ade mention pasal bebudak yang suka bawak mitos mengarut kat dalam kelas, ok golongan ni tak dapat dinafikan kewujudan diorang dalam setiap kelas yang aku masuk, sejak iolls tadika sampai sekolah rendah. Tapi aku sentiasa nak alasan logik, aku tak tau kenapa tapi agak poyo jugak la aku masa tadika hahahaha. Masa dulu aku jenis tak kisah pensil dah pendek sangat pun boleh pakai lagi, mungkin sebab aku selekeh kot dulu dulu. Sampai satu hari tu aku terpakai pensil tu depan satu geng budak yang manja. Sikit-sikit tak boleh, ini tak boleh, itu tak boleh. Nak dijadikan cerita, pensil aku tu dah pendek sangat, kira nak dekat panjang ibu jari tangan aku je, diorang pun mula lah sebar mitos pelik, 

A : Nisa,kau tak boleh guna pensil tu!
Aku : Kenapa? 
B : Kalau guna pensil pendek dari ibu jari nanti mak mati..
Aku : eh???!!! TIPU!!! *kening terdouble triple jerk gara-gara terkejut
C : betul.. kau tak caya lantak kau.. 
Aku : *tukar pensil tak bagi diorang bising*



Sumpah aku tak caye. Tapi lepas tu aku tak guna lah pensil pendek macam tu dpan kawan aku takut diorang cakap pasal tu lagi. Lagi lagi ada kait dengan emak aku. Tu la pasalnya aku kurang suka budak purba pembawa mitos pelik dalam kelas ni. Lantak korang la, dah besar baru tau malu kot mwahahahah Mesti yang percaya benda merapu tu dah malu sekarang lewls. Bila malu, tolong ingat sorang budak serabai tudung senget yang asyik gaduh dengan korang bila korang sebar mitos. Budak tu Nisa ! *libas kain telekung sambil menyeringai


Perangai
Lewls, aku paling ingat waktu tadika aku memang suka sangat roti telur. Satu hari tu, aku bawa bekal, tetibe aku tak dapat tunggu waktu rehat, memang lah lagi berapa minit je tapi time tu peduli apa. Power ranger perlukan tenaga nak main polis sentri waktu rehat sekejap lagi kahkahkah 

So aku makan senyap senyap dekat belakang, acah pandang belakang nak amik buku kat dalam beg sekolah. Tapi aku buka tupperware lepastu sumbat roti masuk dalam mulut. Then pandang depan balik buat - buat peduli ape yang cikgu ajar kat dalam kelas. Lepastu dah habis yang dalam mulut, aku pun kecewa. Tapi tak pe aku pusing belakang lagi sumbat roti dalam mulut banyak-banyak. Then pandang depan balik dengan pipi yang terlalu kembung sebab penuh dengan roti kahkahkahkahkahkahkah. Sakainya perangai time kecik-kecik. Ya Allah berair bijik mata aku gelak. Then habis lagi lepastu aku hambek roti sorok dekat belakang aku cakap kat cikgu nak pergi TOILET, cikgu kata "lahhh tapi sekejap lagi nak rehat" lepas tu aku tak ingat aku jawab apa sampai lulus aku boleh pergi toilet. Sampai depan toilet, aku makan depan toilet mwahahahaha Perangai. Tapi bukan depan toilet betul lah, dekat dapur, dapur tu besar. Tetibe cikgu sergah aku, ya Tuhan kemain terkejut beruk meremang bulu hidung. Cikgu tanya  "Anis buat ape tu?" dengan pantas aku buat muka innocent, "Saya melawat tandas cikgu" hahahaha baru nak pergi kelas balik,  tengok diorang dah rehat, so aku terus pergi rehat tanpa bekal yang mak bagi sebab dah makan waktu kelas tadi hahaha wargh




Lagi aku teringat cikgu Nor masak mee goreng sedap sungguh. Hari tu aku pun tak tau kenapa dengan perut aku, aku tambah sampai berpinggan pinggan haha Tapi time tadika aku kurus melidi je tak de pulak gemuks. Tapi memang aku kuat makan, mungkin sebab aku aktif gila kot, bukan jenis duduk rumah main anak patung, tapi main polis sentri dengan budak lelaki, main sorok-sorok, pergi memancing, main game tv umah abang sedara, main pedang kayu, panjat pokok la banyak la lagi. Memang lelaki sejati lah aku dulu cuma rambut panjang sampai pinggang, pakai tshirt dengan seluar pendek. Tak de lah rupa lelaki just perwatakkan tu ganas semacam.Ha geng aku buat kerja jahat petang petang ikmal lah. tapi itu semua dulu, sekarang jumpe pun segan nak tegur. Oh persahabatan kita kahkahkah Sebab dulu dia anggap aku budak lelaki kot, sekarang dah pakai tudung jalan pakai beg tangan euw ayu sangaaaaaaaaaaat *nak muntah buleh, baldi disediakan


Pekakas, apparatus pape je lah 
Aku tak tau nak label natang ni tapi kira stuff budak tadika lah, err aku maksudkan barang sekolah yg magik-magik bagi aku. Kira barang sekolah yang aku batak masa tadika. Macam pembaris air, pemadam tekan, pensil box bertingkat, pensil box ade roda, pensil box ade game gelung air, beg roda, kasut magnet, pensil tekan or pensil tik tik *ye ye memang batak gile, pemadam pen *pemadam getah biase tapi boleh padam dakwat pen, pemadam bau macam cekelat sampai rasa nak gigit, cop dakwat yang bentuk-bentuk tu, banyak lah lagi. Kan ade macam-macam jenis pensil box, dlm banyak-banyak pensil box ada yg kaler pink sejati and ada yang untuk budak lelaki, aku pilih pensil box bentuk kereta sport yang ade roda. Gila kau memang jantan lah aku dulu, beg roda gambar anime Gandum Gundam dengan ultraman. Nasiblah aku sempat kembali ke pangkal jalan. Lewls


Geng Power Rangers



Okay gais, ni aku nak kenal kan geng masa tadika aku. First yang paling aku rapat, Ikmal. Seriously aku tak ingat nama penuh dia, dulu pun aku tak pernah hafal nama dia. Sebab aku dah senang hati dengan nama ikmal yang aku dah tau tu. Die duduk dekat baris bertentangan dengan rumah aku, so aku selalu lepak umah dia and dia pun selalu lepak rumah aku. Suka duka bersama lah katakan. Aku ingat ade satu hari tu, kitorang main api, tetibe dia tunduk fokus buat apa entah sampai kepala dia DEKAT SANGAT dengan lilin. Aku tengok je sebab aku dah boleh hagak apa jadi kalau dia gerak. Tetibe die bergerak. Haaaaa... terbakar sikit rambut dia. Terus dia kena marah dengan ayah dia. Lepas kene marah kitorang cari tempat lain melepak. Banyak lah aktiviti yang aku buat dengan dia, macam - macam benda merepek kitorang buat mwahaha Pernah satu hari aku troll dia minum kicap dekat rumah aku hahaha itu nanti lah aku cerita. *gelak mengilai



Then lagi sorang Asyraf. Dia ni rendah-rendah sikit, sama dengan Ikmal, antara diorang aku paling tinggi. Tapi sekarang? Tak payah cakap, aku had bahu diorang je T^T. Asyraf ni kuat gila gelak. Bila die sengih muka die innocent sangat. Kalau orang tgah marah aku rasa boleh tak jadi marah hahaha Sebab muka die muka bahagia. Rumah dia jauh sikit, kitorang jarang melepak petang-petang, Tapi sekarang rumah aku sebaris rumah dia lewls. Tapi tak pernah terserempak. Lewls sekali lagi.

Ekceli ada sekali aku tertolak Asyraf sampai jatuh then dia menangis. Sorry weh aku selalu minum milo masa tu, so kekuatan aku sukar dikawal ehek. Satu hari tu dekat kelas, ayah die datang nak bagi duit belanja dengan bekal makanan, dia suka sangat ayah dia datang punya la jongket jongket bangku last last jatuh terbalik kebelakang. Habis satu kelas gelak. Time tu aku ingat die nak menangis, tapi rupenya dia gelak terbahak bahak sama dengan kitorang, buat muka innocent lagi. haish. 

Sebab kene ada duit poket ialah sebelah tadika kitorang tu ada kedai aiskrim. Duit semua habis situ, tak silap aku, aku selalu beli tora tora kahkahkah Lepastu dapat robot gandum gundam plastik ceihhhhh. Kalau lah aku matang time tu dah lama aku habiskan duit dekat makanan je -.- 

Dengan diorang lah aku main polis sentri ape semua hahahaha Main macam macam lah, sebab aku join group budak lelaki. Budak perempuan waktu rehat suka lepak dalam kelas. Apa diorang buat pun aku tak tau. So aku lepak luar, ada jugak budak perempuan yang lepak luar kelas. Tau diorang buat apa? Sangat keperempuanan, diorang main masak-masak dekat tepi dinding kelas. Aku yang kanak-kanak time tu pun terdetik dalam hati "Apa lah masak pasir, masak daun, pelik-pelik je BEBUDAK ni "  em Nisa, tapi kan, time tu kau pun budak jugak ! hahahaha xD Aku pernah je join depa main masak pasir, tapi tak kena dengan jiwa, so aku pergi main kejar kejar dengan geng budak lelaki, Mwahaha tak boleh blah dah la pakai baju kurung main polis sentri -.-

polis sentri sgt gif ni xD 


Bukan Geng



Yang bukan geng aku ni kebanyakkannya budak perempuan dengan golongan yang tak boleh di ajak main. Kebanyakkannya mestilah poyo poyo sikit lepas tu bila usik sikit dah muncung itik. So aku tak layan la bebudak yang hati tisu ni. Walaupun aku perempuan tak de la aku sensitip macam diorang yang usik sikit pun tabboleh. Sebab mungkin aku gurau dengan budak lelaki diorang tak rasa apa, kalau dengan budak perempuan acah sikit dah report cikgu tak pun nangis sampai satu kelas tengok. Lepas tu budak kelas nyanyi lagu annoying yang aku rasa nak pijak sorang-sorang. 


Liriknya berbunyi begini "AYOP TA TA YOP ... AYOP TA TA YOP...".. Diorang pulak macam zombie yang repeat word otak... otakk... Diorang akan repeat lirik annoying tu sampai mangsa buli tu benti nangis. Then blah macam tu je -.-


Insiden
Di satu pagi yang hening, aku pakai lah uniform sekolah tadika tu mcm biasa. Tapi tak tau kenapa masa aku sarung baju tu aku rasa tak sedap hati, tapi aku biarkan. Bukan ade pape pun haha. Then sampai dekat tadika. Aku buat biase la. Tetibe masa kat dalam kelas *masa ni aku dah pindah tmpat duduk belakang sekali sebab aku tinggi. Pembesaran aku ni buat aku keliru jugak, macam tinggi naik laju sangat, dah besar sikit terus stop meninggi. em.

Tetibe kan masa aku tengah nak ambik buku dekat beg, aku tersedar yang AKU PAKAI BAJU TERBALIK!!!!!!!!!!!!!!! arghhhhhhh!!! tak guna tak guna tak gunaaaaaaa!!!!!!!!!!! 



Then aku pergi depan kelas kasitau cikgu dengan muka innocent + muka mintak keadilan !! Aku cakap dekat cikgu, "CIKGU SAYA TERPAKAI BAJU TERBALIK! T^T" Sambil tu aku posing ala ala model nak tunjuk dekat cikgu sebagai bukti yang memang aku pakai baju terbalik. Cikgu pun bawa aku ke belakang kelas. Cikgu suruh tukar baju dekat situ. Ceh, yang hampehnya budak lelaki budak perempuan semua caring terlebih ikut sekali nak tengok kenapa dengan aku. Hahahaha terima kasih caring ye hakak habang dan sahabat handai sekalian,tapi boleh lain kali? Sebab AKU NAK TUKAR BAJU! hahaha bila ingat balik careless gila aku -.- 


Sukan
Kebanyakkan sukan yang aku masuk, semuanya aku menang. Sebab budak yang lumba dengan aku selalunya budak perempuan yang manja manja pakai beg pink barbie dolls hahaaha. So lari sikit jatuh. Aku pulak yang hari-hari main polis sentri ni agak lasak sikit so lari tak de apa lah. Tapi,tadika je pun. Sekarang? Aku pun tak tau. Sekarang aku lebih lembik dari dulu, lari sikit tak larat asyik letih je. Hmm mungkin atas faktor diri yang semakin dimamah usia kot hahahaha xD ok tak aku baru 18 tahun -.- 


Lama kot tak jumpe geng power rangers aku tu, yg Ikmal jumpe aku dia tunduk sebab segan kot, yg Asyraf hari tu datang kenduri rumah aku, dia pandang aku macam budak perempuan lain, "eh awek.. k dah..." macam tu je. Tapi aku rasa kalau mamat dua orang tu terserempak berdua pun diorang tak akan bertegur sebab aku tengok Ikmal ni makin lama makin pendiam hahahaha agak-agak kalau aku kata kat diorang aku nak bukak rahsia besar diorang masa kecik mau tak diorang senyap? mwahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha  xD 

#Lagi entry panjang lebar dari aku.. hahahaha saje je ceghite.. sebab teringat.. xD

Comments
0 Comments

Tiada ulasan:

FOLLOWERs