Nisa: Anime.

Anime.

  لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Bila baru tengok anime best 2 - 3 episode dan tak boleh berhenti fikirkan apa akan jadi dalam next episodes 


Kau tau? Aku punyalah happy bila jumpa anime yang betul betul suit dengan minat aku. Happynya tu di sini. Sebab aku cerewet jugak bila bab anime ni. Kalau aku jumpa yang bagus. Itu memang akan bagi kesan yang mendalam. Lagi - lagi bila dia tamat. Masa tu masa tu masa tu. Aku tak boleh nak describe feeling aku. *nangis gembira bercampur sedih tak tahu kenapa eh kenapa jadi macam ni apa yang aku rasa sekarang ni 

Sebab aku bukan jenis kaki novel ke drama ke movie ke. Aku suka komik, aku suka anime online dan aku suka live action diorang. Argh mesti kau tau kan Jepun bila bab meng-live actionkan anime diorang memang hebat. Tak macam drama melayu meng-live actionkan watak dalam novel. Habis segala angan angan kau pasal watak dalam novel tu bersepah. Tapi tak semua lah. Ikut taste. Kadang aku ni demand sangat. Kan?


sorry


*sedang dengar ost anime untuk ambil mood mengarang

Eh jap. Tapi aku bukan otaku ok. Aku bukanlah tersangat obses. Aku tengok sebagai ganti waktu aku tengok tv je. Cuma bila aku tengok tu memang aku akan menjadi seorang yang berperasaan. Sebab sebelum ni kan kawan aku kata muka aku tak beriak langsung. Lewls. *Nisa mengaku je lah muka kau sombong. Lepas tu kan lepas tu kan, yang aku perasan. Bila aku tengok anime, aku tersangatlah berpuas hati dengan jalan cerita diorang yang kreatif. Argh kau bayangkan disebabkan diorang ni kartun, semua imaginasi dalam kepala aku, aku boleh dapat bila aku tengok anime even merepek. Sebab kalau korang kenal aku lagi lama, korang tau lah yang aku bukan seorang yang sentiasa logik. Terkadang jauh sangat lari dari logik. Terkadang sampai kawan aku terpaksa sedarkan aku yang aku tak bernas. Terkadang, em jari tengah laju menaip jadi teruskan membaca. Tak nak terus membaca tak pe, sana ada pintu *tunjuk dekat close tab

Ha macam ni. Aku nak describe satu satu. Sebelum tu aku nak save as draft dulu. Sebab selain anime, aku juga suka makanan. eher. *lari ke dapur


Nisa kembali


First, aku suka anime genre drama. Mestilah tag dengan word drama kalau tak aku yakin yang aku takkan tengok. Lukisan dia mestilah cantik hahahahahahahahahahahaha maksud aku kan banyak anime yang muka dia pelik2. maksud aku dari segi warna anime, baju anime dan mestilah bukan jenis yang terlalu merepek. Habis habis pakai tshirt baju sekolah itu biasa ok. Watak utama lelaki dia mestilah seorang yang cool.  Mesti yang maskulin huahudhfjsjhfsjkhsjkha dan watak utama perempuan mestilah bukan jenis gedik mengada and of course pakaian tak merepek lewls. Lepas tu takde watak pelik. Kalau ada tag supernatural ke action ke fantasy ke, mestilah tak terlalu over. Sebab aku suka yang biasa. maksud aku kisah hidup seharian. Macam student ke apa ke and of course comedy. It a must !





Second, biasanya kalau dah fall in love dengan jalan cerita, automatik aku akan fall in love dengan segala yang berkaitan dengan anime yang aku tengok. For example, ost. Macam anime yang first. Lepas aku tamat semua episod, aku tak boleh dengar ost dia tapi aku suka ost dia. Dia meninggalkan kesan yang mendalam bila mana aku terdengar ost lalu aku termenangis sekali. Sampai sekarang. Even nak dekat setahun aku tinggalkan anime tu. Ergh.

Third, aku suka semangat dia. Macam benda tu sebenarnya tak de apa tapi dalam anime kau akan rasa benda tu terlalu complicated dan mencabar hahahahahahahahaha chit.Tapi kalau kau applykan dia dalam alam realiti, orang akan anggap kau gila. Sebab apa? Sebab anime ni penuh dengan hiperbola metafora bola bola dan sebagainya. 

Fourth, Their feelings. Bila watak utama menangis. Ok contoh macam anime yang tag dengan love story ni. Bila watak utama lelaki menangis, kemain aku rasa macam akulah kekasih beliau *ok jangan bash sjgdsfdkhfgjhsjfhjdjfkd Macam kau rasa orang yang kau sayang menangis macam tu lah aku rasa agrh macam mana nak describe tell me.




Fifth, bila aku habis satu anime, aku akan terkapai kapai untuk seketika dan tak boleh move on. Bagi aku definisi tak boleh move on adalah hanya untuk anime setakat ni. Yelah sebab aku heartbreaking bila tengok anime je. huahuahuahauahahauhfhdj Sebab aku single kot aku tak rasa apa apa wuahahaha Bila dah habis, adakalanya aku akan termenung. hmm samada sedang mengenang nasib watak watak dalam anime lepas tamat semua episod atau aku akan memikirkan anime baru yang aku akan tengok. Contoh lepas habis satu anime setahun lepas. Sampai sekarang aku tak jumpa anime yang ideal sebagai ganti. Setahun weh setahun kau rasa macam mana tahap cerewet aku? kau rasa macam mana? 





Oh ya baru baru ni aku ada terjumpa satu retis manga tapi sayangnya dia tak convert manga tu dalam bentuk anime. Sebab pelukis dia korea. Ergh bayangkan manga pun dah best apatah lagi kalau tengok dalam bentuk video. Tolong update cepat chapter. Aku stress tunggu. *Nisa kau dah over ni

Ha gais, akhir sekali aku nak sampaikan ini, kalau orang minat anime macam aku share satu satu anime dan engkau tak tahu, jangan terus teka oh itu naruto oh itu bleach. Sebab anime bukan ada dua tu je hahahahahahaha

Dan lagi satu, kalau kau rasa macam sekeliling kau asyik kasi mood depressed je dekat kau, kau join la aku tengok anime. hewhewhew. Yang penting kau pandai pilih anime hahahahaha macam aku *krikk krikk






Comments
0 Comments

Tiada ulasan:

FOLLOWERs