Nisa: Hijrah

Hijrah

  لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Alkisah diri ini bukan dari golongan yang memakai tudung labuh sejak awal. Alhamdulillah hidayah datang menyapa. Siapa hidayah? Eceh, awak faham maksud saya sebenarnya.

Macam saya waktu dahulu.Pakai tudung tidak melepasi dada, adakalanya berlengan pendek.Berseluar jeans ketat.Stokin? Handsocks? Terbang melayang entah kemana.Waktu tu, tiada perasaan bersalah langsung. Kononnya normal.

Sehingga suatu hari dalam ogos 2013, satu tweet dakwah menyedarkan saya.Betapa berharganya wanita, betapa Islam menjaga wanita.Jadi mengapa seseorang wanita itu perlu merendahkan martabatnya sendiri?Bermula dengan pakaian, pergaulan dan lain2. Namun saya biarkan tweet tersebut.

Sampai beberapa hari kemudian saya sedar, tweet tu masih menghantui saya. uish seram pulak. Bila lalu depan cermin, saya teringat tweet tersebut. Bila nak bersiap keluar, teringat lagi. Lagi, lagi, dan lagi. Sampai suatu tahap, saya rasa jijik dengan pakaian yang saya pakai waktu tu. Saya tak keluar rumah beberapa minggu. Baju besar2 semua takde, macam mana nak keluar?Baju dalam almari 100% kena tukar iolls.pergh.Kebetulan nak masuk politeknik, tukar semuanyaaaaaa.

Feedback? Macam2. Pujian dan cacian, saya anggap itu ujian. Banyak kali kena ejek gemuk sebab pakai tudung labuh.Tapi takpe, biar diorg gemuk dgn dosa. ahaha
Tudung labuh bukan ustazah, meski bertudung labuh masih ada kekurangan. Ilmu kita jika nak dibandingkan dengan ilmu Allah jauh mana beza? Jika yang bertudung labuh melakukan kesilapan, jangan terus judge ilmu tak kuat, ilmu itu ini tiada. Aurat, semua wajib tutup. Pekehal dengan "harap je tudung labuh bla bla bla".
Satu saya nak pesan, jika nak hijrah, jika wujud keinginan untuk berhijrah, terus buat. Jangan tangguh2. Jangan bersandar pada kata2 manusia sekeliling. Jangan takut pada feedback manusia. Adakah mereka Allah?Adakah mereka yang menjanjikan kita syurga? Tidak. So apa tunggu lagi, meh hijrah. eceh.

Comments
0 Comments

Tiada ulasan:

FOLLOWERs